Khamis, 16 Mei 2013

MUHASABAH DIRI

Sedang aku membelek blog2 orang lain,terjumpa 1 blog..Yg mana blogger tu mengingatkan kisah perjalanan hidup manusia.. Sememangnya kita tak mampu meramal apa yg bakal terjadi pd kite utk hari2 berikutnya tapi kita masih mampu untuk merancangya..

Digambarkan perjalanan hidup kita umpama banyak pintu yang perlu kita lalui, yang perlu kita berusaha mencari kunci untuk membuka pintu yg terkunci..

Bila mana kita dah jumpa kunci dan membuka pintu itu, tak bermakna pintu itu adalah haluan yg betul tempat kita tuju.Kadang kala mungkin pintu yg telah di buka, laluannya sempit dan berliku..Di situ lah terciptanya kesabaran yg perlu kita bina dalam diri untuk laluinya..

Mencari lagi kunci untuk pintu-pintu seterusnya sehinggalah kita rasa laluan itu selesa untuk kita.

:: Jangan mudah putus asa dalam kehidupan.. Usaha itu penting. Perancangan juga diperlukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan komen kamu untuk saya