Selasa, 16 April 2013

MAGNESIUM DI MINERAL COFFEE

MAGNESIUM Mg........juga dikenali sbg mineral anti stress......
PENTING UNTUK : menurunkan tekanan darah, cegah komplikasi diabetes, anti penuaan, mencegah osteoporosis , merendah risiko sakit jantung, mengubati asma, migrain dan diabetes.....mencegah penyumbatan salurdarah.

Tanda tanda kkurangan Mg : cramps, insomnia,risau,autisme,angin,sembelit, sakit kepala, migrain, asthma, diabetes, obesiti, batu karang, darah tinggi, senggugut, masalah pencernaan, sensitif bunyi bising, keletihan yg kronik


Magnesium telah diketahui dapat mengaktifkan lebih dari 300 reaksi biokimia yang berbeza di dalam tubuh agar tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Namun ironisnya, peranan magnesium tidak diendahkan. Magnesium dikenali sebagai “Forgotten Mineral” dan “5-Cent Miracle Tablet”. Mengapa jadi begitu? Kerana kesan akibat kekurangan magnesium tidak terjadi dengan jangka waktu yang singkat.

KEPENTINGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM
Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari.

Permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan  magnesium adalah sebagai berikut.
PENYAKIT JANTUNG

Magnesium memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Kekurangan magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang berperanan terhadap serangan jantung.
Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.

TEKANAN DARAH TINGGI
Mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.
Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium menyebabkan penyakit darah tinggi

DIABETES
Mineral magnesium berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam darah.

DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL
Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.

ASMA
Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.
 
AUSTISME  
Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi (300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat menghilangkan kesan samping tersebut.

HIPERAKTIF
Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala hiperaktivi kepadak kanak-kanak.

BATU KARANG
Salah satu penyebab utama penyakit ini adalah tingginya kandungan kalsium dan acid. Dengan mengamalkan magnesium, ia membolehkan asid dan kalsium yang berlebihan dapat dinyahkan.

SENGGUGUT
Dengan mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.

KETAGIHAN ALKOHOL
Ketagihan alkohol ini disebabkan kekurangan magnesium di dalam tubuh. Minum alkohol yang berlebihan menyebabkan pembuangan magnesium melalui urin. Perkara ini menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit atau memparahkan lagi penyakit yang telah ada.

OSTEOPOROSIS
Penyakit ini ditunjukkan dengan kereputan tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia lanjut. Dalam hal ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa pemberian magnesium dapat mencegah retak tulang dan dapat menguatkan struktur tulang.

INSOMNIA
Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf. Magnesium dan kalsium digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya dapat mengendurkan otot saraf yang berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu penderita insomnia untuk mudah tidur.

SAKIT SENDI
Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi ketidakseimbangan otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM
Sayuran berdaun hijau gelap merupakan sumber magnesium yang terbaik. Hampir semua jenis kekacang, biji-bijian dan kacang panjang merupakan sumber magnesium yang tinggi. Kacang soya, kacang almond, kacang Brazil dan buah keras adalah contoh makanan lain yang mengandung magnesium.

Garam laut asli yang diproses secara tradisional dan garam bukit juga mengandungi magnesium yang tinggi.

Credit to Sis Asiah Said

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan komen kamu untuk saya