Isnin, 25 Mac 2013

SEMAKIN BUNCIT?

Masalah perut buncit boleh berlaku pada kaum lelaki mahupun kaum wanita. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan komen kamu untuk saya